1Silat - Unity in Diversity

Previu buku Senaman Tua

22 September 2009

Testimonial Senaman Tua dari USA

Cikgu Jeff Davidson (Ja'afar ibn Daud) dari Silat Kuntau Tekpi USA hari ini memaparkan satu testimonial Senaman Tua daripada seorang muridnya di blog beliau The Balisong Journal. Cikgu Jeff mendapat asas Senaman Tua daripada kongsian cikgu Omar Hakim yang sempat bertemu dengan guru Azlan Ghanie semasa beliau bertugas di Malaysia. Cikgu Jeff kemudian mendapat panduan lanjut daripada Mohd Nadzrin Wahab sementara belum berkesempatan ke Malaysia. Ini tulisan muridnya:

"Hey Guru,

"I just want to send you a big Thank You for teaching Senaman Tua to me.

"When you asked me how my knee was doing this week you almost caught me by surprise because I hadn't thought of my knee in many weeks. This is the exact same knee that I was sure was going to need surgery and the many months of rehab that go with surgery earlier this summer.

"The reason I no longer had my knee problems at the forefront of my mind is that it was 100% back to normal. I can only attribute this to the Senaman Tua exercises you showed me.

"I am a bit ashamed to admit this now, but when I originally called you weeks ago to let you know I was going to have to quit training for awhile due to me hobbling around on a very painful knee that I had injured, and you told me to come in anyway because 'you just might be able to help my knee', sad to say but I was extremely skeptical.

"I had no doubts about your abilities to cause people injuries, but I had never heard you mention any ability to heal people, and besides, I had already visited a Doctor who just gave me pain pills and told me to make an appointment with a Orthopedic Surgeon for my knee. But since it would be almost three weeks before I was able to get an appointment with the Surgeon, I figured I had nothing to lose by seeing whatever it was you were going to show me.

"When I saw the exercises you suggested I do, I thought they were a combination of some crazy yoga mixed in with some not quite right Physical Therapy exercises, definitely nothing I had ever seen before. I took your suggestion and started doing these exercises every other day, and to my surprise, after the first week my knee was much improved.

"I appreciate that our classes for the next couple of weeks were Senaman Tua classes and not Pekiti, because the combo of practicing on my own and coming in for the classes eliminated any limping completely by the third week, and after the seventh week, any trace of the knee problem was completely eliminated. Had I gone through with the surgery, the seven week point would have probably just been the transition from crutches to a cane.

"So thanks again for the gift of these exercises that I have continued to do a couple of times a week for prevention of joint injuries.

"Your grateful student,
Larry

Sumber: http://balisongplayer.blogspot.com/2009/09/senaman-tua-practice-at-detroit.html

05 September 2009

Surat sokongan daripada Dr

28 Ogos 2009

Senaman Perkasa

Senaman Tua atau ‘Senaman Perkasa’ itu berasal dari Perguruan Silat Melayu dan pergerakannya diambil dari ‘disiplin tradisi gerak dan kawalan nafas’.

Ia menjadi amalan harian guru-guru silat lelaki dan perempuan. Senaman tua tersebut telah dibukukan oleh Azlan Ghanie, penerbit majalah Seni Beladiri dan beliau adalah pengasas Senaman Perkasa (SP) yang pernah diperkenalkan beberapa tahun lalu di kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Azlan Ghanie telah menemui lebih 1,000 guru-guru utama dan guru-guru tua samada silat dan bukan silat dan beliau telah membukukan cerita serta amalan mereka dalam buku Senaman Tua yang merupakan teras kepada program kesihatan dan kecerdasan atas branding baru – ‘Senaman Perkasa’ yang akan diperkenalkan ke seluruh negara kelak, justeru membantu umat Islam meningkatkan jati diri, kesihatan dan kecerdasan mental dan fizikal tanpa perlu kepada Yoga.

Menurut pakar kesihatan dan sains sukan serta bekas pesakit, Senaman Perkasa sebenarnya mampu merawat penyakit jantung, sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, asma, resdung, bahu beku, leukimia, kegemukan (obesiti), ghout dan sebagainya.

Senaman ini dalam sains sukan dikategorikan sebagai kalistenik. Ia merawat penyakit dan kecederaan melalui senaman dan gerak pernafasan. Juga yang uniknya, ia aerobik dan anaerobik iaitu mengenai perjalanan darah dan kekuatan jantung (kadeo vaskular). Pengakuan ikhlas para pengamal senaman tersebut dalam buku Senaman Tua dan VCD Senaman Tua telah menjadi bukti.

Untuk kecergasan dan kesihatan, buku Senaman Tua merupakan dokumentari yang membuktikan tamaddun dan tradisi bangsa Melayu juga cukup terbilang! Seperti perumpamaan yang menyebutkan “Hanya jauhari yang mengenali manikam”. Justeru, kalau bukan kita yang mempromosi dan memperkasakan jatidiri bangsa sendiri.

Sumber: http://kesihatan.bf-1.com/?p=85

01 April 2009

Rahmat yang mencurah

Di bawah ini adalah email daripada seorang pengamal Senaman Tua dan Silat Melayu Keris Lok 9 dari Jeddah kepada guru Azlan Ghanie pada 1 April 2009. Sekali membacanya, tersenyum simpul, kerana ramai yang tidak sedar, betapa banyaknya rahmat Allah curahkan ke atas bumi Malaysia ini.

Benar, kita punyai masalah, maka bersyukurlah agar apa yang kita ada tidak lapuk deka hujan, tak lekang dek panas. Jadikanlah bingkisan sahabat kita ini sebagai bahan pembakar semangat, insyaAllah.

"Assalammualaikum Abang Lan,

Kiif Halak...anta kullu tamam..kois..mia mia...Alhamdulilllah. Ana fii shugul Thuwal, King Abdullah University.

Dah lama tak dengar kabar berita dari Abang Lan mengenai Senaman Tua. Maklumlah, kerja di sini sibuk juga. Kerja dengan ARAMCO ni tak boleh leka sikit. Dah jadi macam Bangla kat Malaysia! So sesiapa yang nak keje kat negeri orang, pikir lah 100x dulu.

Money is not the main issue, tapi kena dengan Pak Arab kat sini pening kepala. Cakap berapi tapi nak tegak benang basah aje. Dia orang nya style, too much to talk to do about nothing, bermesyuarat kerana tak nak bersetuju dan yang terakhir bila ada meeting kemudiannya. Inilah agenda Pak Arab, orang2 India, Bangla dan Paki kat tanah Arab.

Orang putih ni kalau pegi negeri kita banyak yang dia komplen. Tapi kat sini lagi dahsyat. Bawak kereta macam orang gila. Siapa berani, dia menang dan jalan dulu. Selagi boleh squeeze in, depa nak masuk juga. Kat sini hon kereta sampai pening kepala. Lambat bergerak kat trafik light mesti kena hon. Kadang2 kereta depan tak jalan pon kena hon.

Kalau kat highway kalau lari less then 160km, kena flash dengan lampu tinggi. Waktu malam, berok2 kat sini tak tahu nak pakai low beam. Dok depan, berhadapan atau belakang pun pakai lampu tinggi. Depa semua ni buta malam kot!

Cakap kat anak2 buah kita kat Malaysia, depa semua beruntung sangat duduk kat negara kita. Sistem trafik walaupun jam macammanapun kira okay sebab ada peraturan dan law enforcement. Kat sini, kalu you eksiden dengan Pak Arab, sorry Babe...hang salah. Macam mana you tak salah pun di cap salah. Their favorite phrase dari polis "If you are not here atau you don't come here, ini tak akan berlaku".

Sistem pelajaran kita adalah yang terbaik di manapun. Kalau orang Melayu tak sedar lagi, tak tahu nak cakap apalah! I have travelled all over the world, visited a lot of places and seen plenty of things yang menakjubkan tapi tak sama macam duduk kat Malaysia tercinta!!!! Kena teh tarik kat kedai mamak, lepak kat Mall dengan anak2 tanpa halangan dan lain2 lagi.

Pas tu, depa kat sini kalau jumpa awek macam tak pernah jumpa orang pompuan. Galak sakan. Nenek kebayan pun dia rogol. Budak2 Filipino sini kata kalau kereta depa rosak kat tengah pipeline punya trackline, mampus lah. Sebab Pak Arab Badui liwat dan rogol meka. Teruk sungguh sebab dah banyak berlaku.

Kes2 majikan rogol pembantu perempuan memang banyak. Kadangkala meka pakai anak beranak sebab ada kes macam tu kat sini, tak tahu anak anak ke atau bapak atau saudara dia. Teruk betul.

Heran bin ajaib, Pak Arab kat sini taksub dengan barangan Amerika. Saya yang dudok kat LA selama 8 tahun tak berfikir begitu. Melayu tetap Melayu dan HIDUP ABANG AZLAN DENGAN SENAMAN TUA DAN LOK SEMBILAN! Teruskan perjuangan. Ada Pak Arab tunjuk karate tapi saya tunjuk silat. Depa terpegun sebab kita lebih hebat.

Abang Lan bila nak ke sini? Kalu buat Umrah tu, please be my guest in Jeddah.

Sekian....wassalammualaikum Wa Rahmatullah.

02 Disember 2008

Fatwa yoga 7 November

KUALA LUMPUR: “Tunggu 7 November ini (Jumaat depan), ia akan diumumkan Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin (Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan) dan semuanya akan terjawab.”

Itu reaksi Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz, ketika ditanya mengenai keputusan amalan yoga yang didakwa boleh memesongkan akidah umat Islam jika senaman itu terus diamalkan.

Menurutnya, keputusan mengenainya diputuskan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, 23 Oktober lalu.

Katanya, jawatan kuasa kajian mengambil masa enam bulan untuk mengkaji dan menilai, seterusnya diperhalusi panel dilantik sebelum membuat keputusan.

“Perkara ini dikaji dengan mendalam, malah diperhalusi oleh panel kajian akidah. Sepanjang kajian juga kita dapatkan pandangan ramai. Menjadi tanggungjawab Jakim untuk mengkaji perkara yang menyentuh akidah umat Islam.

“Sebenarnya amalan yoga diamalkan orang bukan Islam, tetapi hari ini orang kita mudah terpengaruh dan tertarik, terutama apabila ada campuran dengan unsur luar,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Seminar Pemurnian Akidah di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.

Hadir sama, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh. Seminar sehari anjuran bersama pejabat Mufti dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu dihadiri 3,000 tetamu daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta universiti awam dan swasta.

Sebelum ini, laporan akhbar pada 29 Oktober lalu memetik Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, sebagai berkata umat Islam yang mengamalkan yoga supaya menghentikannya.

Zakaria berkata, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa serta mereka yang mengamalkannya percaya ia boleh menyatukan diri dengan Tuhan.

Sehari kemudian, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Othman Mustapha, berkata Majlis Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan mengenai senaman yoga.

Mengenai isu ‘pengkid’ atau wanita menampilkan diri menyamai lelaki yang turut difatwakan haram 23 Oktober lalu, Wan Mohammad berkata, fatwa itu dikeluarkan bagi menyelamatkan umat Islam kerana ia jelas perlakuan salah.

“Meskipun pengkid bukan isu baru, gejala ini sangat membimbangkan kerana ia boleh ditafsirkan sebagai jenayah yang boleh meruntuhkan institusi sosial dan keluarga serta jenayah syariah,” katanya.

Mengenai pelaksanaan penguatkuasaan selepas sesuatu fatwa itu diumumkan haram, Wan Mohammad berkata, undang-undang sedia ada mencukupi dan ia perlu dikuatkuasakan.

“Kita tidak miskin daripada segi undang-undang seperti jenayah syariah, malah pihak berkuasa tempatan juga ada peraturan mereka, namun ia mengikut bidang kuasa masing-masing,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20081102092309/Article/index_html